Friday, August 15, 2008

Warga kota tidak puas hati mutu perkhidmatan awam

KENAIKAN mendadak harga bahan bakar yang diumumkan Perdana Menteri 5 Jun lalu memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat khususnya mereka yang sering menggunakan kenderaan untuk pelbagai urusan.

Bagi mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak, kerajaan mencadangkan rakyat menukar gaya hidup dan mengamalkan sikap berjimat cermat. Antaranya menggunakan pengangkutan awam berbanding berkereta untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, mutu perkhidmatan awam yang buruk masih lagi menghantui orang ramai. Rata-rata warga kota yang ditemui melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan tahap perkhidmatan, kekerapan perjalanan dan pelbagai aspek berkaitan. Ikuti tinjauan Harakah terhadap rintihan pengguna dalam menyahut cabaran berjimat cermat kerajaan.

Pengguna perkhidmatan RapidKL

Setiausaha sebuah syarikat swasta, Dang Fatihah Subky, 28, menggunakan perkhidmatan RapidKl berulang alik ke pejabatnya di Jalan Pahang daripada Gombak.

"Perjalanan menggunakan satu tiket satu hari ini pernah saya gunakan ketika berkunjung ke Perancis tahun 2000 dahulu.

Dari satu segi, sistem ini mungkin dapat menarik lebih ramai penumpang untuk menaiki bas.

Tetapi, oleh kerana keperluan penumpang untuk turun naik dan bertukar bas jika mahu ke destinasi yang bukan di dalam laluan bas, menyebabkan penumpang memilih untuk menaiki kenderaan sendiri.

Mereka lebih rela letih memandu di dalam kesesakan lalu lintas daripada letih memikirkan arah mana perlu dituju untuk mendapatkan bas seterusnya.

Dari segi kekerapan agak baik pada mulanya tetapi lama kelamaan semakin lembap. Dulu, saya tunggu dalam berapa minit sudah sampai. Sekarang, dekat 20 minit baru sampai.

Pemandunya ada yang baik dan boleh dibuat kawan. Ada juga tidak sopan. Tekan brek sesuka hati. Pernah seorang budak lelaki India berusia dalam lingkungan empat tahun terjatuh dari tempat duduknya. Pemandu tidak berkata apa.

Dulu mudah mendapat tempat duduk. Sekarang selalu kena berdiri. Mungkin kerana bas tidak banyak, penumpang menunggu di perhentian semakin bertambah.

Sehubungan itu saya harap Rapid kl menambah bas di laluan-laluan sibuk. Atau jika tidak tambah bas pun, sesuaikan jarak waktu satu bas bergerak sebelum bas yang lain memulakan perjalanan. Tidaklah sampai setengah jam satu bas berjalan. Waktu menunggu yang terlalu lama membazirkan masa penumpang.

Sediakan perkhidmatan yang mesra pengguna. Di dalam keadaan rakyat yang sedang cuba berjimat-cermat ini, pihak pengurusan bas sepatutnya pandai mengambil peluang untuk meningkatkan produktiviti mereka dan melakukan penambah-baikan dalam perkhidmatan mereka. Bukan mengambil peluang menaikkan tambang dan menyukarkan penumpang lagi.

Kerani, Siti Darna Sanoesi, 27, pengguna dari Titiwangsa ke Seksyen 10, Wangsa Maju.

"Semasa (RapidKL) baru-baru keluar memang seronok sebab ia merupakan satu kemudahan untuk warga Ibu kota.

Tetapi lama kelamaan bas tersebut buat hal, selalu lambat, pemandu pula ada yang tidak berdisiplin hingga tidak sopan dengan orang tua.

Saya juga tidak puas hati dengan perkhidmatannya di sebelah malam. Kerana kadang-kadang tidak sampai pun pukul 12.00 malam.

Susahlah bagi kami yang bekerja hingga larut malam.

Satu lagi tabiat pemandu RapidKL kadang-kadang saya perhati mereka sanggup minum pagi di waktu puncak. Walhal ketika itu penumpang mahu pergi kerja.

Mengenai tambang RM2 sehari bagi saya berpatutan kerana ia boleh digunakan sepanjang hari.

Satu lagi yang hendak saya bangkitkan ialah mengenai pengeluaran bas-bas untuk orang cacat.

Bukan tidak bagus tetapi janganlah semua bas buat macam itu. saya rasa rugi dan membazir ruang kerana bas tersebut mempunyai kerusi yang terhad.

Lagi pun jarang sekali OKU naik. Jadi syarikat RapidKL kena kaji balik mengenai bas tersebut.

Ini kerana bagi orang-orang yang menjadi pengguna tetap RapidKL seperti saya ini melihat bas tersebut sebagai membazir.

Terutamanya pada waktu puncak ramai yang terpaksa berdiri dalam keadaan kesesakan trafik.

Pengguna perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Putra

Nazman Nazim, jurutera komputer, 35

"LRT ni terlalu padat, lebih-lebih lagi ketika 'peak hours' (waktu puncak). Tapi, tak ada pilihan sebab nak elak kesesakan jalan, selain berjimat dengan kenaikan harga minyak sekarang ni.

Walaupun laju dan cepat, kepadatan penumpang tu menimbulkan rasa kurang selesa. Mungkin perlu tambah tren lagi."

Muaz Kamarrudin, jurutera sistem, 31

"Keadaan tren yang begitu padat. So, saya fikir perlu menambah kekerapan. Sekarang ni dah 10 minit sekali. Kalau ditambah lagi kekerapan, makin besar peluang penumpang dan tidak perlu bersesak sangat. Dari segi kelajuan, ok lah."

Zulaikha Yusof, pekerja swasta, 32

"Masalah LRT ni cuma terlalu penuh dengan penumpang. Lebih-lebih lagi waktu puncak, orang pergi kerja dan balik kerja. Rasanya, pihak pengurusan perlu fikirkan cara untuk atasi masalah ini. Mungkin perlu tambah tren atau kekerapan perjalanan."

Pengguna perkhidmatan teksi

Subramaniam, 40

"Sungguhpun saya jarang menggunakan perkhidmatan teksi, tapi setakat ini, saya tidak pernah jumpa pemandu teksi yang menipu dan tidak mengikut meter. Saya pernah menaiki teksi dari KLIA hingga Ampang, dan bayaran yang dikenakan RM70. Saya rasa bayaran tersebut berpatutan."

Farah Atiqah Tasaruddin, 19

"Saya kerap menaiki teksi ke kolej di Taman Shamelin. Selalunya teksi di kawasan ini mengikut meter. Tetapi saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan teksi di Bukit Bintang. Teksi di kawasan tersebut banyak, tetapi ramai pemandu yang tidak mengikut meter dan menetapkan kadar bayaran sebelum kita menaiki teksi. Jika ke Ampang, sepatutnya jika mengikut meter, tambang biasanya tidak sampai RM10. Tetapi ada pemandu yang mengenakan bayaran RM10 atau lebih. Selain itu terdapat juga pemandu yang memberhentikan teksi di kawasan jauh dari tempat yang dituju, sehingga saya terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat tersebut."

Jufaniza Kamin, 25

"Pemandu teksi ada yang mengambil kesempatan, seperti di hentian komuter. Sudahlah tambang tidak ikut meter, mereka tidak akan bergerak selagi penumpang tidak cukup empat orang. Tambang yang dikenakan juga agak mahal. Selain itu, penumpang yang turun di destinasi yang sama juga dikenakan tambang berasingan. Selain itu, jika kita hendak cepat tiba ke sesuatu destinasi, kita terpaksa ikut ke destinasi lain dahulu. Seharusnya pihak berkuasa tidak membiarkan perkara ini berlaku. Pemandu teksi seharusnya tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjerat pengguna."

Pengguna perkhidmatan komuter

Seorang Penulis, Nurul Akmar Ariffin, 28

"Perkhidmatan komuter bertambah teruk, biasanya komuter 15 minit sekali sekarang dah lewat kepada 20 minit sekali, itu pun selalu lewat menyebabkan orang bertambah ramai dan berebut-rebut nak naik. Kadang-kadang lewat sampai tiga 'trip', kalau dah lewat bayangkan berapa ramai yang bersesak-sesak nak naik komuter, mulalah terpaksa berdiri dan padat.

Bukan itu sahaja, komuter biasanya juga berhenti di tengah-tengah perjalanan, ambil masa lama untuk bergerak semula. Sudah tiba masanya kerajaan memperkemaskan semula perkhidmatan komuter yang tidak nampak ada sebarang perubahan."

Kakitangan swasta Yuslida Mohamad Yusof, 47

"Hampir empat tahun saya berulang alik dari Rawang ke Kuala Lumpur, apa yang saya lihat tidak nampak ada pembaharuan dalam perkhidmatan komuter. Semakin lama semakin teruk. Stesen banyak tetapi tren tak ada, kalau boleh waktu pagi orang berpusu-pusu hendak masuk pejabat dan balik kerja, tambah kekerapan komuter supaya tidaklah berlaku kelewatan dan bersesak-sesak dalam komuter."

Rosmawini Mohd Ghani, 20

"Sudah sampai masanya kerajaan memperkemaskan sistem pengangkutan awam, kerana dalam keadaan harga minyak yang sudah meningkat, ramai orang memilih pengangkutan awam untuk bergerak. Misalnya komuter, ia satu pengangkutan yang menghubungkan bandar dengan pinggir bandar, jadi seharusnya ia diambil berat oleh pihak kerajaan untuk memudahkan rakyat bergerak."

Bekas kakitangan kerajaan Mohd Azhar Mohd Nor, 61

"Saya minta kerajaan beli tren baru bagi menampung jumlah pengguna yang semakin hari semakin bertambah. Gunakan peruntukan yang ada demi keselesaan rakyat. Tiap-tiap hari kalau kita naik mesti ada yang berdiri di dalam komuter, tempat duduk tidak cukup, ini menunjukkan jumlah pengguna sudah bertambah, tetapi tren tidak bertambah, harap kerajaan ambil perhatian serius."_

Sunday, August 3, 2008

Smoke From Factory Fire Blankets Johor Baharu

JOHOR BAHARU, Aug 3 -- Thick smoke from a burning factory in neighbouring Singapore blanketed this city Sunday.

The thick smoke, carried by strong wind, could be seen from a distance.

Many people rushed down to the city thinking that a major fire had occurred in the city centre.

"There was thick smoke and it gave the impression that the city centre was on fire," said Mohd Salleh, 44, from Kangkar Tebrau.

He had rushed to the city centre from his house located 10 kilometres away after seeing the thick smoke.

Singapore media reported that fire broke out at timber-related factory in Sungei Kadut Street 1.

The Singapore Civil Defence department received a call on the fire at about 3.30pm and despatched 12 fire engines with 70 personnel to the scene.

Strong wind posed a problem to the fire fighters in putting out the fire and the blaze was still razing at press time.

No casualties were reported.

-- BERNAMA


MusicPlaylistRingtones